Wednesday, September 2, 2009

Guru Jasamu Dijulang

Guru Jasamu di Julang
oleh Noraini Kassim

Pada 22 Mei 2009, bertempat di Hotel Royale Bintang Seremban, majlis jamuan "Hi-Tea" telah berlangsung majlis yang diuruskan sepenuhnya oleh AJK PIBG sesi 2009/2010.
YDP Dr Md Yusof bin Musa membuka tirai majlis dengan ucapan alu-aluan antaranya memaklumkan objektif majlis ini adalah bagi meraikan dan menghargai jasa guru-guru SASER sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, serta berterima kasih kepada guru-guru yang telah bekerja keras mengajar dan mendidik anak-anak SASER.

Majlis diteruskan dengan ucapan Pengetua SASER, En. Sabuddin bin Hj. Sani mengucapkan tahniah dan syabas kepada AJK PIBG yang telah berusaha dengan sepenuh hati untuk meraikan guru-guru SASER dalam majlis 'Guru Jasamu di Julang'. "Saya sepenuh hati yakin dengan AJK PIBG yang baru ini, hubungan dua hala antara sekolah dan penjaga dapat dipertingkatkan lagi"

Antara aktiviti yang dijalankan antaranya; merebut kerusi, win, lose or draw, bacaan sajak dan cabutan nombor bertuah. Sambutan amat menggalakkan iaitu 45 orang guru hadir ke majlis ini.

No comments:

Post a Comment